Penyanyi Kaka Azraff mengakui tidak menyangka apabila diberikan peluang untuk mengulangi kejayaan ibu saudaranya, Ella.

Menurut Kaka, dia teruja apabila ditawarkan untuk menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Gol & Gincu Vol 2 yang berjudul Shout It Out.

"Saya sebenarnya tidak menjangkakan apabila ditawar untuk menyanyikan lagu ini kerana pada awalnya saya datang berlakon.

"Namun pihak produksi menawarkan saya untuk menyanyikan lagu tema filem ini.

"Saya tidak sangka akan biberi peluang yang sama seperti Ella kerana untuk edisi pertama filem Gol & Gincu berjudul Teruja.

"Ini kerana saya sendiri amat menyukai lagu-lagu yang ada dalam filem Gol & Gincu, namun saya tak pernah terfikir dan terbayang akan terbabit untuk album Gol & Gincu Vol 2 ini," katanya kepada Gempak.

Kaka berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Black Hat Records di W Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.