Pelakon Hairul Azreen telah dibanjiri dengan komen-komen positif oleh peminat di Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara tayangan filem PASKAL The Movie yang telah ditayang di pawagam bermula semalam.

Rata-rata peminat melahirkan rasa berpuas hati dan bangga dengan jalan cerita filem tersebut serta hasil lakonan semua pelakon yang terlibat.








Susulan itu, segelintir netizen menganggap filem PASKAL The Movie adalah antara filem melayu aksi terbaik malah sanggup menontonnya berulang kali di pawagam.

Filem PASKAL The Movie diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw sudah mendapat kutipan sebanyak RM2 juta menerusi tayangan hari pembukaan.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!