Pelakon Mia Ahmad selamat menimang cahaya mata pertamanya pada jam 11.15 pagi tadi.

Berita gembira itu disahkan oleh suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Syukur, Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami pada jam 11.15 pagi tadi.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakannya. It’s a boy,” tulisnya.

A post shared by MohdIzhamTarmiziRoslan (@izhamtarmizi24) on

Dalam pada itu, ruangan komen Instagram pasangan ini mula dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikut mereka.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.