Nampaknya ramai yang masih belum move on dengan IN Festival: Influencers 2018 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu (23 & 23 September 2018).

Mana tidaknya, barisan nama besar dan berpengaruh di media sosial seperti blog, YouTube serta Instagram telah memeriahkan festival IN Festival: Influencers 2018 yang diadakan buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ramai yang tidak lepaskan peluang untuk bertemu dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa yang famous di media sosial seperti Jung Mansu atau lebih dikenali sebagai Banzz dari Korea Selatan, koreografer berbakat dari 1Million Dance Studio, Mina Myoung (yang mereka tarian untuk selebriti K-pop terkemuka seperti Sunmi, Jessi, TWICE, Jay Park) dan ramai lagi.



Selain itu, mereka juga bertemu dengan Chaleeda Gilbert, Hisyam Hamid, Ara Johari, Harvinth Skin, PONGPONG, Hazeman Huzir, Geraldine Gan, Adriana Adnan, CK Faizal dan ramai lagi.. Mestilah terngiang-ngiang saat best tu sampai sekarang!

Dengarnya, pengunjung IN Festival: Influencers 2018 juga menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menonton persembahan secara langsung.



Antara aktiviti yang memeriahkan hari pengunjung adalah bengkel media sosial dan penghasilan kandungan oleh IGNITE; demonstrasi secara langsung dan bengkel membuat kopi oleh penganjur festival seni kopi terbesar di Malaysia, CAFFA; demonstrasi kecergasan oleh gimansium mewah, Babel Fit; pertunjukkan fesyen dan sesi perkongsian oleh Runway Productions by Catwalk Guru; pertandingan permainan video dan sesi beramah mesra oleh Geek Fam; bengkel tarian dan persembahan oleh Katoon Network Dance Academy serta peluang bertemu individu berpengaruh dalam bidang kecantikkan di Get It Beauty Booth.. Memang best!

Tamat lah sudah IN Festival 2018 semalam.Terima kasih yang datang meriahkan event ni.Nanti kalau ada lagi korang yang mana tak sempat tu kena datang.Mana nak dapat event yang ada macam-macam aktiviti bawah satu bumbung.Hanya di IN Festival 2018 je. . Digi Prepaid Cili Padi *Internet* tanpa had hanya RM1/Hari #INFestival2018 dibawakan oleh Digi @digitelco #JomInternet #DigiLetsInspire

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Meriah giler IN Festival 2018 hari ini.Korang tak percaya korang tengok highlight ni.Yang mana tak sempat tu jangan risau,esok ada lagi tau dekat KL Convention Centre.Datang tau. . Digi Prepaid Cili Padi *Internet* tanpa had hanya RM1/Hari #INFestival2018 dibawakan oleh Digi @digitelco #JomInternet #DigiLetsInspire

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

@banzz0915 in da house yo.Terliur admin tengok dia makan.Korang datang sekarang IN FESTIVAL 2018 di KL Convention Centre.Ramai lagi Influencer & Artis ada kat sini. @digitelco Layari www.infestival.com.my atau FB @infestivalmy (IN Festival: Influencers 2018) #InFestival2018 #JomInternet #DigiLetsInspire

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


IN Festival: Influencers 2018 diinspirasikan oleh Astro, Digi, tvN, Nuffnang dan Rocketfuel Entertainment.

Paling best, pelanggan Digi boleh mengikuti serta menonton video social media influencer kegemaran anda menerusi Facebook, Instagram atau YouTube tanpa had sepanjang hari dengan Digi Prepaid Internet Cili Padi dengan harga RM1 sahaja! Gempak beb!

Untuk maklumat lanjut mengenai IN Festival: Influencers 2018, sila layari www.infestival.com.my atau di laman Facebook menerusi www.facebook.com/infestivalMY.

Untuk maklumat lanjut mengenai Digi, layari laman web www.digi.com.my atau laman Facebook www.facebook.com/digi.