Setiap individu pastinya mempunyai bermacam impian ketika menyambut hari jadi termasuk aktor popular, Will Smith yang mengambil keputusan terjun dari helikopter sempena ulang tahun ke-50 buat dirinya sendiri.

Dalam kalangan peminat, pelakon itu cukup dikenali ramai menerusi pelbagai filem terbaik lakonannya yang meninggal kesan pada penonton antaranya Bad Boys, Men in Black dan The Pursuit of Happyness.

Namun, kali ini aksinya lebih berbahaya daripada filem yang pernah dilakonkannya kerana dia berani melakukan satu cabaran yang boleh dianggap sebagai kerja gila.

Menurut laporan media antarabangsa menyatakan pelakon itu yang pernah menang Anugerah Grammy sebanyak 4 kali melakukan aksi terjunan bungee dari helikopter berdekatan kawasan pergunungan Grand Canyon, Arizona, Amerika Syarikat, semalam.



Dalam video yang turut dimuat naik ke YouTube itu menunjukkan dia berdiri pada sisi helikopter dan berpaut pada kru sebelum bersedia untuk terjun.

"Jangan sesekali tengok ke bawah," katanya sebelum terjun sambil menggelengkan kepala.

Dalam video berdurasi 8 minit 34 saat itu berkongsi bagaimana pelakon itu melakukan persediaan sebelum terjun.

"Ini suatu yang hebat. Sungguh indah," katanya selepas berjaya melakukan terjunan.

The Jump was quick, but putting it all together took almost 6 months! Everybody here played a huge part in making sure I didn’t Die :-) and I’m grateful for all of your time, energy & commitment... Thank You @YesTheory, @mattdajer, @ammar, @thomasbrag, @therealalfonsoribeiro, @YouTube, my teams at @Westbrook & Overbrook, @flyonthewallent, @tminusproductions, Will & Jada Smith Family Foundation, @omazeworld, @glblctzn, @Jumpman23, @officialfawn, @dralastanford and her medical team, AMV, CAA, Judy Schuda and All Direct Travel, The Navajo Nation, @dbdvegas, @fftk_catering, Creations in Cuisine Catering, and Envision Apparel. ?: @alansilfen

A post shared by Will Smith (@willsmith) on


Aksi pelakon itu yang cukup dramatik turut disaksikan isterinya, Jada Pinkett-Smith bersama anak mereka, Trey Smith bersama Willow Smith dari bawah.

Dalam status pelakon itu di Instagram, @willsmith menyatakan dia melakukan persediaan untuk aktiviti tersebut selama 6 bulan bersama beberapa orang rakannya yang lain.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @willsmith