Rezeki tak putus! Usai tamat rancangan Super Spontan Extravaganza (SSX), Izzue Islam akan mula bersaing dalam pentas Gegar Vaganza 5 (GV5) pula pada hujung minggu ini.

Menafikan dakwaan menyertai pertandingan realiti demi duit semata-mata, kata Izzue, dia mahu mencari pengalaman dalam pelbagai bidang yang diceburi.

"Mana-mana bidang seni sama sahaja cabarannya, tak kita seni lawak, berlakon mahupun menyanyi.

"Yang penting perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal, kena banyakkan usaha dan lebihkan latihan.

"Paling utama adalah pengalaman yang tak ternilai. Soal hadiah atau banglo, saya tak kisah pun," katanya kepada HLive.

GV5 bakal menyaksikan Izzue kembali bersama kumpulan Forteen untuk berentap dengan 11 peserta otai lain.

Antaranya, kumpulan vokal wanita Elite dan group duo Billy Zulkarnain.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).