Penyampai radio dan pelawak Ajak menafikan bahawa dirinya sedang mempunyai masalah dengan seorang rakannya iaitu Shahrol Shiro.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ajak mengakui jarang mendapat tawaran bersama dengan Shahrol sehingga menerima pelbagai andaian daripada orang ramai mengenai kumpulan Shiro.

"Tak adalah lama mana kami kenal. Tapi lamalah juga. Cuma yang aku tak faham kita ni jarang benar dapat Job sama.

"Orang nak kau tapi taknak aku, macam tu jugaklah sebaliknya. Sampai keluarlah cerita aku dengan kau bergaduh. Sampai harini aku tertanya, ada ke? Gaduh-gaduh manja tu biasalahh.

Xdelah lama mana kami kenal..Tapi lamalah jugak? Cuma yang aku xfaham kita ni jarang benor dapat Job sama..Orang nak kau tapi xnak aku, macam tu jugaklah sebaliknya...Sampai keluorlah cerita aku dengan kau bergaduh..Sampai harini aku tertanya, Ada ke? Gaduh2 manja tu biaselahh...Nama pn pasangan? Tapi xpe toq..Aku anggap itulah uniknya Shiro..Almaklumlah lawak kita pun banyak nasihat..Kalau berdua kita dtg takut jadi program Motivasi pulak.Tapi malam ni Final Super Spontan kau sorang toq..Aku nak tengok kau dalam Tv..Kau buat habis baik toq..Kedudukan aku xpandang..Yang aku pandang, kau bawa nama Shiro...Semoga berjaya Boshku? @shahrol_shiro . . @shironattorsfc_official @shiro_troopers @ajaklovers_official #Shiro #Shironattors #Shiroligans #Kluang #BudakKampung #HajiManaMakeSomeNoiseeee #Final #SuperSpontan #Shahrolians #AjakLovers

A post shared by Ajakshiro (@ajakshiro) on


"Nama pun pasangan, tapi tak apa toq. Aku anggap itulah uniknya Shiro. Almaklumlah lawak kita pun banyak nasihat. Kalau berdua kita datang takut jadi program motivasi pulak," tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui rindu untuk melihat kumpulan Shiro bersama atas satu pentas membuat persembahan.