Pelakon Gambit Saifullah tidak mampu untuk menggambarkan pengalaman ketika menjalani penggambaran filem PASKAL The Movie.

Menerusi filem ini, Gambit membawakan watak sebagai seorang anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia bernama Gagak.

"Saya memang lama idamkan watak tentera dan filem ini merealisasikan impian saya. Sebelum ini, saya tidak pernah membawakan watak sebagai seorang anggota badan beruniform.

"Saya percaya dengan seluruh tenaga produksi ini dan saya yakin kami telah memberikan sesuatu yang berbeza berbanding filem yang ada.

"Kami menjanjikan satu perkara yang baru yang belum pernah anda tonton dan pengalaman ini merupakan satu perkara yang baru untuk saya.

"Jika ada yang mahu saya menzahirkan perasaan apabila terlibat dalan filem ini, sejujurnya saya speechless, tidak terkata..." kata Gambit.

Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Selain Gambit, filem itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!

#PASKAL, #unsungheroes ⚓️ In cinemas starting 27th September 2018. #paskalthemovie #sayangimalaysiaku #sentiasaterbaik

A post shared by Gambit Saifullah (@gambitsaifullah) on