Pejuang lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau lebih mesra disapa sebagai Pak Ngah, meninggal dunia di Batam, Indonesia pada pukul 3.02 petang tadi.

Mengesahkan berita duka itu, penyanyi terkenal Noraniza Idris berkata beliau dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu.

Difahamkan jenazah Pak Ngah akan dibawa pulang esok.

Sementara itu, akaun Instagram Pak Ngah dihujani ucapan takziah daripada peminat di Malaysia dan Indonesia.

Pak Ngah dikenali sebagai komposer dan pengarah muzik irama tradisional dan pop etnik.

Antara karya hebat ciptaan Pak Ngah adalah Nirmala (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Dikir Puteri (Noraniza Idris) dan lagu Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami) yang popular di Indonesia.

Sumber: Astro Awani