Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah bermula sejak semalam.

Tahun ini, seramai 440,743 orang pelajar darjah enam akan menduduki peperiksaan itu dan ada antaranya merupakan anak-anak selebriti tempatan.

Berkongsi momen dan debaran pada hari pertama UPSR bermula semalam, berikut merupakan gelagat selebriti dan anak-anak mereka.

1. Aidid Marcello

"All the best, good luck, jangan meniru, jangan nervous," itu antara pesanan pengacara kacak Aidid Marcello buat anak perempuannya, Alyea Nai Lina.

Aidid sendiri pada pagi semalam sempat menghantar anaknya ke sekolah.

Selain sepotong video, Aidid menitipkan doa buat kejayaan anaknya dan pelajar lain yang mula menduduki UPSR.

All the best utk sayangku @nailinamarcello good luck utk exam #upsr hari ni. Dah penat dengan jadual padat kelas tambahan kan?? So this is the time utk taburkan segala knowledge yang ada. #bismillah Alyea Nai Lina = Ketinggian cita-cita ibu bapa yg tercapai. Daddy & mummy @norziepwc doa, semoga dengan exam kecil ini, menjadi permulaan langkah kejayaan yang lebih besar utk masa akan datang, insyaAllah... Kepada semua anak2 yg exam #upsr juga, saya doakan semoga semua dapat lakukan yg terbaik! Amin, insyaAllah. #aididitagain #aididmarcellostyle #aididmarcellofamily #aididitmyway #exam #theday #allthebest #goodluck

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on


2. Anne Ngasri

Diam tak diam, anak Anne Ngasri, Warits juga menduduki UPSR tahun ini.

"Buat anakku dan semua anak-anak yang menduduki UPSR, semoga perjuangan kalian dipermudahkan Allah.

"Perjalanan mereka masih panjang, mari sama-sama kita doakan agar setiap ilmu yang dipelajari dapat menjadi bakti kepada agama, bangsa dan negara," tulis Anne bersemangat.

Buat anakku Warits dan semua anak-anak yang menduduki UPSR hari ini. Semoga perjuangan kalian dipermudahkan oleh Allah swt. Perjalanan anak-anak ini masih panjang, mari sama-sama kita berdoa agar setiap ilmu yang dipelajari dapat menjadi bakti kepada agama bangsa dan negara. Selamat maju jaya semua....

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on


3. Krill Rashid

Memberi restu! Sambil mencium ubun-ubun kepala anak perempuannya, Nia Nur Kaseh, foto menyentuh hati penyampai radio, Krill Rashid itu diselitkan bersama ucapan dan doa.

"Semoga Allah ilhamkan jawapan-jawapan tepat untuk dia dan semua yang menduduki peperiksaan," tulis Krill.

Salam Isnin. @nianurkaseh menghadapi UPSR hari ni. Semoga Allah ilham kan jawapan2 tepat utk dia & semua yg menduduki peperiksaan, amiin. 'Selagi ada ujian @ peperiksaan, bermakna Allah sayang & ingat kpd kita, cuma kita yg selalu LALAI drp mengingati NYA..'. Kurangkan lalai hari ni, insya Allah. p/s; Anda punyai produk atau servis yang nak masuk radio? Bajet? Terpulang kepada anda! Konsultasi percuma! DM saya utk beritahu pendengar ttg produk/servis anda ke seluruh Malaysia dengan kuasa RADIO, Insya Allah. #roketradioads #sayangiislamku #sayangimalaysiaku #radioads #jommasukradio #iklanradio #lambungkanprodukanda #dengarkanprodukanda #erafm #era.je #sinarfm #thrgegar #zayanfm #ikimfm #bestfm #klive #taksemuaadamedsos #semuadariallah

A post shared by krillrashid (@krillrashid) on


Gempak mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan berjuang buat calon-calon UPSR tahun ini.

Semoga kejayaan mengiringi perjuangan adik-adik semua. Amin.