Pelawak Atu dari kumpulan Zero mengesahkan bahawa isterinya, Shafeeqa Johari kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi entri di Instagram (IG), Atu berkongsi berita gembira itu berserta dengan gambar imbasan ultrasound.

"Salam semua. Alhamdulilah, Sumayyah sama bapak layankan mummy @shafeeqajohari jalan-jalan sebab tidak lama lagi Sumayyah dapat adik, tapi yang sebenarnya mummy yang layankan kami," tulisnya.

Salam semua Alhamdulilah Sumayyah sama bapak layankan mummy @shafeeqajohari jalan2 sebab tidak lama lagi sumayyah dapat adik,tapi yg sebenarnya mummy yang layankan kami? #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on


Rata-rata mengucapkan tahniah pada Atu dan berharap isterinya serta bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu.

Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia dua tahun.