"Dah Boleh Tambah Lagi Satu Rasanya" - Isteri Bagi 'Green Light' Pada Fad Bocey

Hiburan

Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey menganggap kemenangan yang diperolehi dalam Super Spontan Xtravaganza (SSX) merupakan rezeki untuk anak-anaknya.

Menerusi entri di Instagram (IG) Fad, isterinya, Nur Syahirah  mengakui pengorbanan yang dilakukan selama 10 minggu ini sangat berbaloi apabila suaminya diumumkan sebagai juara SSX.

"Baru dapat rasa nikmat rehat dengan puas yang sebenar. Selepas 10 minggu kitaorang busy dengan Super Spontan. Kadang balik rumah anak-anak semua dah tido. Tak sempat pun nak spend time betul-betul.

"Nasib ada mama abah dengan bibik yang tolong uruskan diorang bila kitaorang tinggalkan kejap dekat rumah. 10 minggu yang berbaloi. Super Spontan ni program yang siapa pun kau, kau ketua kumpulan ke tetap kau boleh tersingkir.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Baru dapat rasa nikmat rehat dengan puas yg sebenar .selepas 10 minggu ktorang busy dgn superspontan .kadang balik rumah anak2 semua dh tdo .tak sempat pun nk spend time btul2 .nasib ada mama abah dgn bibik yg tolong uruskan diorang bila ktorang tggalkan kejap dkt rumah .10 minggu yg berbaloi .superspontan ni program yg siapa pun kau ,kau ketua kumpulan ke tetap kau boleh tersingkir .tapi ktorang percaya rezeki tu ada .kan mommy selalu pesan klu tersingkir pun jgn frust .dah mmg adat .kalau betul rezeki daddy pegi final kita fight ,enjoy dan buat btul2 .kta sejenis tk boleh tgok perfomance dia .mesti nervous lepastu jdi tk tentu arah kt backstage .makanya jumaat hritu dia ditinggalkan dgn PA dia @syah_sopan .bila time nak umum baru la berani nk tengok .perasaan tengok daddy jdi juara hanya Allah ja tau .dulu ramai org ckp kau solo tk boleh pegi jauh .kita abaikan cakap2 org .susah senang kita biarlah jdi kenangan kita .insyaAllah mommy akan terus sokong daddy dri belakang .percaya lah rezeki anak2 ni besar ganjarannya(DAH BOLEH TAMBAH LAGI SATU RASANYA 😜😜😜) tahniah daddy .you deserved this tittle .terus menghiburkan org dgn ikhlas . Picture by @maestromediamy

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on


"Tapi kitaorang percaya rezeki tu ada. Mommy selalu pesan kalau tersingkir pun jangan frust. Dah memang adat. Kalau betul rezeki daddy pergi final kita fight, enjoy dan buat betul-betul.

"Kita sejenis tak boleh tengok perfomance dia. Mesti nervous lepastu jadi tak tentu arah kat backstage. Makanya Jumaat haritu dia ditinggalkan dengan PA dia @syah_sopan. Bila time nak umum baru la berani nak tengok. Perasaan tengok daddy jadi juara hanya Allah ja tau.

"Dulu ramai orang cakap kau solo tak boleh pergi jauh. Kita abaikan cakap-cakap orang. Susah senang kita biarlah jadi kenangan kita. InsyaAllah mommy akan terus sokong daddy dari belakang. Percayalah rezeki anak-anak ni besar ganjarannya (DAH BOLEH TAMBAH LAGI SATU RASANYA) tahniah daddy. You deserved this tittle. Terus menghiburkan orang dengan ikhlas," tulisnya.

Rata-rata mengakui kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Fad dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga orang cahayamata.

Artikel Berkaitan