Penyanyi remaja dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie, 18 berkongsi persediaannya untuk menyertai program Liga Dangdut Asia di Indonesia pada bulan hadapan.

Menurut Wani, penglibatan di pertandingan Big Stage banyak melatih dirinya untuk sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal.

"InsyaAllah, saya akan mula membuat semua persediaan dalam masa yang terdekat, saya akan ke Indonesia pada 15 Oktober dan pertandingan itu akan bermula seminggu selepas itu.

"Saya akan mula bereksperimentasi dengan genre dangdut di Indonesia dahulu, kemudian jika penerimaannya baik, saya akan bawakannya di Malaysia pula.

"Ramai orang tak tahu saya suka dangdut kerana sebelum ini saya simpan saja minat ini," ujarnya.

Wani ditemui di konsert akhir Big Stage bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam semalam.

Wani telah mendapat tempat keempat dari lima orang finalis yang terdiri dari Baby Shima, Afieq Shazwan, Syafiq Farhain dan Sarah Suhairi.
"Ramai Orang Tak Tahu Saya Suka Dangdut Sebab..." - Wani Kayrie Bakal Berentap Di Liga Dangdut Asia