Kedudukan Peserta Berserta Markah Keseluruhan Konsert Akhir Big Stage

Konsert akhir program realiti Big Stage telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Dengan itu, berakhirlah perjuangan lima orang finalis yang berjaya bertahan sepanjang lapan minggu program ini diadakan.

Mas Idayu dan Mark Adam diundang sekali lagi sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.







Berikut merupakan kedudukan peserta berdasarkan pemarkahan keseluruhan berdasarkan markah dari pihak juri dan undian di aplikasi TikTok.

Di pentas akhir, pemarkahan dikira berdasarkan 70% dari pihak juri dan 30% adalah hasil undian di aplikasi TikTok.

Juara - Sarah Suhairi
Secara keseluruhan, Sarah telah mendapat 66.05% dimana 59.24% diberi oleh para juri dan 6.81% dari undian di aplikasi TikTok.

Naib Juara - Syafiq Farhain
Markah keseluruhan yang diterima Syafiq adalah 64.37%, 57.27% diperoleh dari pihak juri dan 7.10% dari undian di aplikasi TikTok.

Ketiga - Afieq Shazwan
Afieq telah menerima markah keseluruhan sebanyak 62.17% hasil gabungan pemarkahan pihak juri sebanyak 56.31% dan 5.86% dari undian di aplikasi TikTok.

Keempat - Wani Kayrie
Secara keseluruhan, Wani telah mendapat markah sebanyak 62.15%, 57.44% diperoleh dari pemarkahan pihak juri dan 4.71% dari undian di aplikasi TikTok.

Kelima - Baby Shima
Shima telah menerima markah keseluruhan sebanyak 58.56% dimana 53.03% diperoleh dari pihak juri dan 5.53% hasil undian di aplikasi TikTok.

Semua finalis telah mempersembahkan dua buah lagu yang terdiri dari lagu 'cover' dan lagu baharu milik mereka sendiri.

Juara pertandingan ini telah membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pemenang tempat kedua dan ketiga pula
telah memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.

Manakala pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing telah membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo V11 dan V11i yang menerajui inovasi dalam teknologi penciptaan telefon pintar.

Kedua-dua model terbaru ini menampilkan 'Al camera' yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar dalam semua senario. Selain itu, skrin direka secara penuh tanpa sebarang butang, dengan itu, pengguna hanya perlu mengakses cap jari menggunakan Teknologi 'In -Display Fingerprint Scanning' yang tersembunyi di dalam skrin.

Reka bentuk ini membuatkan Vivo V11 dan V11i lebih selesa digunakan dan sudah tentu lebih unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.