BTS Kumpulan K-Pop Pertama Cecah 500 Juta Tontonan YouTube

Hiburan
BTS Kumpulan K-Pop Pertama Cecah 500 Juta Tontonan YouTube
Kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, Bangtan Boys atau Beyond The Scene (BTS) sekali lagi mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis berkumpulan pertama yang mendapat 500 juta tontonan di YouTube.

Koreaboo melaporkan, kejayaan itu dikecapi BTS menerusi muzik video berjudul 'DNA' yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Sejak DNA dilancarkan ia sudah mencipta beberapa sejarah termasuk mendapat 100 juta tontonan dalam tempoh 24 hari, lima bulan kemudian ia ditonton sebanyak 300 juta.

Lagu itu daripada album Love Yourself: Tear yang turut mencipta sejarah apabila berada di tangga pertama carta penjualan album Billboard 200 di Amerika Syarikat.

Kumpulan tersebut dianggotai tujuh anak muda iaitu Jin, J-Hope, RM, Suga, Jimin, V, dan Jungkook.

Sumber: Astro Awani / Sinar Harian

Artikel Berkaitan