Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisahnya mendekati golongan mak nyah menerusi program Door To Door Ebit Lew.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram, Ebit menceritakan pengalamannya duduk semeja berdakwah dengan golongan terbabit.

"#transgender #maknyah... Sebak sangat rasa bila Elly cerita ayahnya meninggal masa sujud solat Isyak di Masjid.

"Dia masa tu jauh. Tak dapat tengok ayahnya... Saya kata padanya saya percaya kerana doa ayah Elly kita bertemu hari ini...

"Disebalik setiap orang ada orang sentiasa mendoakannya. Saya sebak dan terus peluknya. Semua sebak dan menangis.

"Begitulah kita semua hanya dahaga kasih sayang dan rahmat Allah... Ya Allah terimalah pertemuan ini jadi asbab hidayah..." tulis Ebit.

#transgender #maknyah ...Sebak sangat rasa bila elly cerita ayahnya meninggal masa sujud solat Isya di Masjid. Dia masa tu jauh. Tak dapat tengok ayahnya..saya kata padanya saya percaya kerana doa ayah elly kita bertemu hari ini..disebalik setiap orang ada orang sentiasa mendoakannya. Saya sebak dan terus peluknya. Semua sebak dan menangis. Begitulah kita semua hanya dahaga kasih sayang dan rahmat Allah.. Ya Allah terimalah pertemuan ini jadi asbab hidayah..-ebitlew @combarkafe ampang. Saksikan malam ini 7.30mlm sabtu dakwah pada transgender di astro aosis @astro_oasis106 #doorToDoorEbitlew #doortodoorebitlew #episod2 @annasalina_ @aididmarcello

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Rata-rata netizen tersentuh melihat cara lembut Ebit berdakwah. Mereka juga memuji cara Ebit yang memberi kesan di hati.

@asmidarwaniey: Saya suka dengan cara ustaz berdakwah dari hati ke hati... Membuatkan insan-insan seperti mereka ini tidak rasa memberontak dengan cara dakwah yang kasar... Kita kena mendekati mereka berbicara sebaiknya... Allah, sungguh tersentuh hati ini..."

"@missdarlingarmani: Saya suka cara ustaz ni... Ya Allah permudahkan segalanya, Amin.."

"@aripdin_: Awat sedih sgt wei."

@rudy_syah84: Mata masuk habuk."

@syukriems: Saya suka cara ustaz dakwah... Sangat menyentuh hati... Tahniah ustaz.."

"@spray_tudung: Ni baru betul dakwah. Nasihat dengan lembut bukannya secara kasar. Moga-moga terbuka hati mereka untuk berubah Insya-Allah."

"@sumartini78: Semoga ramai lagi pendakwah seperti Ustaz Ebit... Sungguh menjaga adab hubungan sesama manusia tanpa mengira siapa dia sekalipun kerana mereka juga sama seperti kita manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan... Ini ujian Allah untuk mereka, ujian kita lain pula caranya... Berdakwahlah dari hati yang penuh keikhlasan bukan membenci kerana dakwah seperti ini mampu melebur hati yang keras dan akan berbekas dihati... Hidayah itu milik Allah... Semoga dengan cara dakwah Ustaz mereka mendapat hidayah dari Allah."


Program Door To Door Ebit Lew menyaksikan Ebit mendekati pelbagai golongan manusia untuk menyampaikan dakwah.

Program Door To Door Ebit Lew ini disiarkan setiap Sabtu, jam 7.30 malam di Astro Oasis.