Filem PASKAL The Movie menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menduduki tempat ketiga carta Top 10 Movies @ GSC.

Biarpun bakal ditayangkan secara rasmi pada 27 September depan, penonton sudah boleh menikmati filem PASKAL The Movie bermula Jumaat lalu sehingga hari ini.

Menerusi tinjauan Gempak aplikasi GSC, rata-rata masa tayangan filem PASKAL The Movie laris bak goreng pisang panas! Kebanyakan tiket di setiap masa tayangan filem PASKAL The Movie 'selling fast', malah ada yang 'sold out'.



Kepada anda di luar sana, sempat lagi untuk bergegas ke pawagam dan menyaksikan sendiri kehebatan filem ini.



PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda dan jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!