Emak kepada penyanyi Opick, Hajah Lilik Sholehah meninggal dunia semalam ketika sedang menyampaikan ceramah di kampung halamannya.

Menurut laporan Liputan6.com, Opick mengesahkan berita kematian emaknya itu dan reda dengan pemergian tersebut.

"Emak saya tidak sakit tetapi dia seperti sudah memberikan tanda bahawa akan meninggal.

"Dia juga tidak sakit dan meninggal dunia ketika sedang menyampaikan ceramah.

"Dia terduduk selepas ceramah dan ketika membawa ke hospital doktor memaklumkan bahawa dia sudah meninggal dunia.

"Emak juga sudah siapkan kain kafannya sendiri sebelum meninggal dan saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan emak tenang di sana," katanya.

Hajah Lilik Sholehah meninggal dunia ketika berusia 71 tahun.

Sumber: Liputan6.com