Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan pada 27 September ini.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Kepada mereka yang sudah tidak sabar untuk menantikan tayangan filem ini di pawagam, ada berita baik untuk anda!

[ TAYANGAN AWAL #PASKALTheMovie ] Fulamak!!!?Tarikh Tayangan Awal #PASKALTheMovie dah keluar la gais!!! Apa lagi?Jom dapatkan tiket tayangan awal pada ? : 21 Sep - Jumaat 22 Sep - Sabtu 23 Sep - Ahad Ayuh, Semarakkan Semangat Cintakan Tanah Air ??. ! DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG!!!✊✊✊ PERTEMPURAN #PaskalTheMovie DI MEDAN PAWAGAM #KitaPatutBerbangga #SayangiMalaysiaKu #DemiNegaraTercinta ??????

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Jadi orang pertama untuk menyaksikan filem ini dengan lebih awal dari tarikh tayangan sebenar!

Tonton filem PASKAL The Movie menerusi tayangan awal yang bermula pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini (21 September, 22 September dan 23 September)!

Jom, dapatkan tiket tayangan awal anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!