Kumpulan Estranged memilih pendekatan berbeza apabila tampil dengan single terbaharu, Milik Ku dalam bentuk fizikal iaitu dijual melalui CD.

Vokalisnya, Rich berkata Estranged percaya jika single dikeluarkan melalui Spotify dan YouTube, ia tidak memberi pulangan yang setimpal dengan karya yang sudah dihasilkan.

“Kami hanya percayakan hasil melalui penjualan CD, malah melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi.

“Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah ia merupakan sebuah memento daripada Estranged,” katanya

Estranged muncul dengan Milik Ku pada 15 September laku sempena Hari Malaysia.

Sementara itu, seorang lahi ahlinya turut menyuarakan rasa ralat apabila lagu yang dihasilkan sebelum ini tidak mendatangkan hasil yang setimpal.

“Kita banyak lagu tapi tiada duit atau pulangan yang setimpal dan perkara ini amat menyedihkan," katanya.

Hasil dari keputusan yang diambil, CD mereka terjual sebanyak 300 unit sewaktu Pesta Harapan yang berlangsung 15 September 2018.