5 Lokasi 'Muslim Friendly' Di Taipei, Taiwan Pilihan Datuk Fazley Yaakob
5 Lokasi 'Muslim Friendly' Di Taipei, Taiwan Pilihan Datuk Fazley Yaakob
Amri Hassan
Wed Sep 19 2018
Mungkin ramai yang tidak sangka, ibu negara Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak lokasi yang 'muslim friendly'.
Daripada menu halal, tempat beristinjak dan arah kiblat, deretan premis dan kawasan peranginan sudah menyediakan pelbagai kemudahan buat pelancong beragama Islam.
Gempak sendiri berkesempatan untuk meninjau beberapa lokasi pelancongan yang 'muslim friendly' ketika dibawa bersama mengikuti Media Familiarization bersama Datuk Fazley Yaakob ke Taipei, Taiwan baru-baru ini.
Jom semak senarai lima lokasi 'muslim friendly' di Taipei, Taiwan.
1. Amba Hotel
Amba Hotel mempunyai tiga rangkaian hotel yang mesra muslim. Daripada menu, kemudahan tandas di dalam bilik hingga arah kiblat, semuanya tersedia rapi.
Malah, hotel ini menyediakan sejadah dan al-Quran buat tetamu beragama Islam.
Amba Hotel terletak di tiga hotspot di Taipei iaitu Songshan, Ximending dan Zhongshan.
Raohe Night Market dan Ningxia Night Market menyediakan pelbagai juadah ringkas yang halal kepada pengunjung.
Tetapi harus diingat, anda perlu rajin bertanya!
Antara yang menarik di sini ialah jagung bakar, stinky tofu dan ubi kentang salai.
3. Chang's Beef Noodle & Master Fried Chicken
Master Fried Chicken merupakan francais makanan segera halal terbesar di Taiwan. Jadi, jangan risau kerana semua ayam yang digunakan disembelih dan halal.
Sama juga Chang's Beef Noodle! Restoran makanan halal ini juga menyediakan pelbagai juadah lain yang sangat sedap dan menyelerakan.
Juga, berdekatan dengan Amba Hotel Ximending yang terletak di pusat bandar dan dikelilingi deretan kedai seperti di Bukit Bintang.