Menghidupkan sesebuah karakter menjadi cabaran besar yang perlu ditempuhi oleh seorang pelakon dalam merealisasikan watak mereka.

Setiap watak yang digalas haruslah diwarnakan dengan baik agar penyampaian dalam lakonan memberi kesan kepada penonton.

Bagi bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-9, Ayda Jebat, dia enggan menampilkan persembahan sama dalam setiap watak yang dibawakan.

"Kalau boleh saya enggan bawakan watak klise atau serupa. Bukan mahu memilih, tetapi saya mahu memberikan yang terbaik untuk peminat.

"Jika ada yang sama pun, saya akan cuba mencorakkan karakter yang dipertanggungjawankan agar ia kelihatan berbeza berbanding watak-watak yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Saya puas apabila dapat membawakan pelbagai karakter seperti gadis bisu, penghidap kanser dan banyak lagi.

"Saya gembira apabila lakonan saya mendapat perhatian peminat dan perkara terbabit menjadi motivasi untuk saya membawakan watak dengan lebih baik selepas ini," katanya.

Ayda ditemui di majlis tayangan episod kemuncak drama bersiri Cinta Bukan Kristal di Damansara Performing Arts Center, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Baru sahaja selesai memainkan watak perampas bernama Aryana dalam drama bersiri terbabit, Ayda memberikan persepsi berbeza dalam mewarnai karakternya.

"Tak semua perampas itu niatnya jahat. Watak ini bercerita mengenai persepsi berbeza individu yang bergelar orang ketiga dalam sesuatu hubungan.

"Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong drama bersiri ini dan menjadikan ia trending saban minggu di laman sosial Twitter," katanya lagi.

Foto: Instagram Ayda

? First of all, drama Cinta Bukan Kristal ni satu drama yang memaparkan realiti sebenar, berkait rapat tentang isu yang bukan baru lagi dalam masalah keluarga. Dari pembikinan sampailah ke lakonan semuanya dibuat atas perbincangan satu per satu scene sebab kita percaya bila menyentuh soal poligami bukan curang semata, banyak pihak dan hati yang perlu kita jaga. Dari pandangan sebagai seorang isteri, suami, orang ketiga, keluarga, rakan-rakan yang menyokong atau menentang dan lain-lain. Setiap character/orang ada baik dan buruknya. Congrats team #CintaBukanKristal ?? . Selama menjadi Aryana, sedikit sebanyak mengajar saya erti sebenar kehidupan. Apa erti menghargai cinta orang yang betul-betul cintakan kita, hargai orang yang menghargai kita, dan banyak lagi kalau nak tulis penuh caption ni. Harap penonton pun dapat apa yang nak disampaikan itu lebih berharga. . Tuhan datangkan kita masalah, dugaan dan cabaran dalam hubungan, dalam keluarga untuk mematangkan kita. Saya tau mostly antara kita mempunyai masalah keluarga, tinggal teruk atau tidak saja. Begitu juga dengan saya. Saya percaya setiap orang yang hadir dalam hidup kita akan beri sedikit sebanyak pengajaran dan kenangan kepada kita antara manis atau pahit, mahupun baik atau buruk, pasti ada. Itulah hadiah kehadiran Aryana dalam hidup Adrian & Sofea. Oh Dato & Datin jugak. Semua dah ditentukan. ? . Mencintai belum tentu memiliki Memiliki belum tentu abadi Aku lepaskan cinta ini pergi Moga satu hari nanti aku bertemu cinta yg sejati. -Your ARYANA- . Comment apa yang anda dapat dari keseluruhan cerita. Share with us! . ? @syafieq_ayman . #AydaJebat #Aryana #CintaBukanKristal #CBKLastViewingParty #AJscreamer #GoodbyeAryana #GonnaMissAryana #TakClicheBye

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

? Thank you @ajscreamer @arm07_ @ninaiskandar_fc for this lovely final viewing party. Kepada semua team fc & crew yang bertungkus-lumus buat event ni sendiri & semua fans yang datang dari dekat & jauh, nothing much I can say, saya terharu atas sokongan anda. Terima kasih semua pelakon, rakan-rakan media, family, production team & semua tetamu jemputan yang datang. Salah silap kurang harap dimaafkan. Ada rezeki, jumpa lagi. ? . Powered by @ajscreamer @arm07_ @ninaiskandar_fc Gift Sponsor @frkl21 @aurawhiteofficial Video @ajscreamer @rockinstudio . Be the reason why someone smiles today. ? . #AydaJebat #Aryana #CintaBukanKristal #AJ #AJscreamer #MyPencuriHati #GoodbyeAryana #CBKFinalViewingParty

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on