Penyanyi popular Hollywood, Justin Bieber dikhabarkan telah berkahwin bersama pasangannya, Hailey Baldwin secara mengejut dan rahsia pada Khamis lalu di New York, Amerika Syarikat.

Menurut sumber, pasangan ini telah membuat pendaftaran perkahwinan secara rahsia dan ia tidak diketahui oleh mana-mana pihak.

"Justin dan Hailey kelihatan sebak dan terharu sehingga menitiskan air mata ketika berada di lokasi rahsia perkahwinan itu," kata sumber terdekat.

Pada masa yang sama, bapa saudara Hailey, Alec Baldwin telah mengesahkan kebenaran berita tersebut namun pasangan popular ini masih belum tampil dengan sebarang kenyataan.

Sumber : Fox News & E News