Pengacara popular Jihan Muse terkesan selepas menonton iklan Aidilfitri 2016 bertemakan #berikanmasa, terbitan Astro yang menampilkan kisah benar seorang gadis bernama Zika.
Jihan yang bergandingan dengan Datuk AC Mizal sebagai hos program Majlis Sidang Media Program Raya Astro di Hotel Majestic pada Isnin, sempat meninggalkan mesej di laman sosial Facebook (FB)nya tentang iklan tersebut.
Menerusi entri yang dimuat naik pada awal pagi tadi, Jihan yang juga hos program Resepi Memikat Suami itu memberitahu dia didatangi ibu Zika selepas majlis tersebut tamat.
“Astro Screening tadi jadi emcee dengan DAC. Dengan tema #berikanmasa Astro dah pilih satu cerita dari sorang gadis bernama Zika utk tvc raya tahun ni. Tadi lepas abis event mak Zika ni datang jumpa kita. Mula-mula dia senyum macam excited tengok kita, tapi lepas tu tiba-tiba mata dia makin merah...”
Tulis Jihan lagi, ibu Zika tiba-tiba menangis, memegang tangan, merenung wajahnya dan wanita tersebut berkata, dia teringatkan arwah anaknya (kakak Ziha) setiap kali menonton Jihan di kaca televisyen.
“Tup tup dah berair menangis tapi senyum. Dalam hati fikir mungkin makcik ni minat sangat dengan aku sampai terharu dapat tengok depan mata. Dia pegang tangan kita kemas, tengok muka kita tak lepas sampai kita dah tak tahu nak bagi punchline apa, untuk bagi keadaan tu tak kekok. Pastu makcik cakap setiap kali tengok Jihan kt tv, teringat arwah Shafikah Azmi (kakak Zika). Inikan pulak dpt jumpa depan-depan. Makcik kata Shafikah pernah cakap dia kawan dengan Jihan kat UiTM Dungun. Kita cakap, “saya tak pernah belajar kat UiTM Dungun. Tapi mungkin kenal arwah kat tempat lain. Nak tengok gambar kot-kot kenal, makcik tu tak ada gambar arwah pulak. Keadaan tenung dengan senyuman itu berterusan beberapa ketika. Kita cakap, “makcik tengoklah saya kat tv banyak kali buat lepas rindu kat arwah...”
Insiden tersebut walaupun seketika, menyebabkan Jihan berfikir dan sempat meninggalkan mesej kepada pengikut FB nya.
“Kesimpulannya di sini, kita kadang-kadang tak tahu apa tanggapan orang kat kita, apa orang harapkan pada kita. Yang penting jangan sombong dan #berikanmasa untuk setiap moment dalam hidup kita. Mungkin ada benda tak penting untuk kita tapi besar nilainya untuk orang lain. Saya doakan untuk Zika dan makcik Habibah semoga kekal bahagia. Al Fatihah utk arwah Shafikah & pakcik Azmi..”
Entri tersebut juga telah menarik perhatian pengikut FB Jihan dan rata-ratanya turut bersimpati dengan Habibah (ibu Zika), selain turut berkongsi perasaan hiba selepas menonton iklan Aidilfitri Astro yang dilancarkan malam tadi.
Tonton video di bawah untuk mengetahui kisah benar Zika yang menyentuh perasaan, dan anda pasti akan lebih menghargai orang sekeliling selepas ini.
Oleh itu, #berikanmasa anda selagi ada, jangan leka kerana kita sendiri tidak tahu samada esok masih ada untuk kita. Salam dengan keikhlasan, peluk erat-erat dan kucup pipi mereka sebelum terlambat. Salam Aidilfitri dari kami. #kosongkosong
Ahmad Shah
Tue Jun 21 2016
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.