TUTUP

"Nasib Baik Allah Panjangkan & Beri Saya Sedikit Nafas" - Arja Lee Bersyukur Terselamat Daripada Kemalangan

Hiburan

Pelakon Arja Lee melahirkan rasa syukur selepas dirinya selamat daripada mengalami sebarang kecederaan teruk apabila hampir terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Arja berkongsi gambar tayar keretanya yang pecah akibat kecuaian pemandu lain ketika memandu.

"Rasa-rasa ada tak kamera litar di depan Pelita Jalan Ampang? Anyone can help me about this?
 

"Alhamdulillah, terima kasih pada pemandu terhebat, terpandai, terbijak, terbaik, terpelajar dan terpilih yang telah menjadi sebab untuk kejadian yang agak ngeri baru sekejap tadi ni (Semalam).

"Dah macam shoot action movie la tadi seriously. Nasib baik Allah tu panjangkan izinkan dan beri saya sedikit nafas lega sewaktu dan ketika kejadian berlaku," tulisnya.
 

 

Rata-rata pengikut Arja melahirkan rasa syukur kerana dia selamat daripada mengalami sebarang kecederaan dan berharap orang ramai yang memandu kenderaan lebih berhati-hati serta tidak pentingkan diri sendiri sahaja.

Artikel Berkaitan