Pelakon Chelsea Islan tidak kisah untuk menghodohkan wajahnya demi menjayakan watak Alfie dalam filem seram Indonesia, Sebelum Iblis Menjemput.

Chelsea yang merupakan bintang Indonesia itu berkata buktinya, dia tidak mengenakan sebarang solekan serta memotong pendek rambut serta kerintingkannya demi penampilan berbeza dalam filem tersebut.

“Saya mahu nampak berbeza dalam filem ini, malah bagi memastikan karakter Alfie yang defensive, gelap dan tidak suka bergaul dengan orang itu berjaya, saya juga telah belajar vokal bagi mengeluarkan suara yang berbeza.

"Saya dimaklumkan bahawa saya perlu mengeluarkan suara dari perut, sesuai dengan karakter Alfie ini yang suka mengasingkan diri dan tidak mahu bergaul dengan orang lain.

"Walaupun sudah belajar mengeluarkan suara dari perut, tapi ada ketikanya tekak saya berasa sakit kerana saya banyak juga menjerit di dalam filem ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Chelsea ditemui ketika tayangan perdana Bila Iblis Menjemput di MMCineplex, eCurve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain itu, Chelsea memberitahu dia berhadapan beberapa cabaran berat ketika menjayakan penggambaran filem tersebut.

“Sangat memenatkan dan tertekan apabila saya perlu bermandi dengan tanah dan lumpur serta berada dalam keadaan basah untuk tempoh yang panjang ditambah pula dengan jadual yang padat.

"Sehinggakan ketika menjayakan babak akhir, tangisan yang keluar itu adalah tangisan sebenar saya kerana terlalu menjiwai watak," katanya lagi.

Filem arahan Timo Tjahjanto ini sudah menemui penonton di Indonesia pada awal Ogos lalu dan bakal ditayangkan di Malaysia pada 20 September ini.

Sebelum ini, dua filem lakonan Chelsea iaitu Rudi Habibie dan Ayat-Ayat Cinta 2 pernah ditayangkan di negara ini.

Selain Chelsea, filem ini turut dibintangi oleh Pevita Pearce, Samo Rafael, Karina Suwandi, Ruth Marini dan Ray Sahetapy.

Pengalaman di lumpurin sama nyemplung ke liang lahat cuman ada di film ini. Truly an unforgettable experience and I don't regret it at all. Kalo nggak di film ini, kapan lagi bisa keluar dari zona nyaman dan nyobain hal baru. No words can describe how I feel. Thank you Mas Timo for trusting me and giving me this extreme opportunity. You rock! I mean it. @timobros @sebelumiblismenjemput ???

A post shared by Chelsea Elizabeth Islan (@chelseaislan) on

Yuk ke bioskop weekend ini nonton Film @sebelumiblismenjemput #SebelumIblisMenjemput #BanggaFilmIndonesia ?

A post shared by Chelsea Elizabeth Islan (@chelseaislan) on