Pelakon Aeril Zafrel menafikan dakwaan gambar bogel mirip wajahnya yang sedang tersebar di laman sosial adalah dirinya.

Menerusi entri di laman Instagram (IG), Aeril meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang cuba untuk melakukan fitnah terhadap dirinya dengan menyebarkan gambar tersebut.

"Ini gambar penuh yang diberikan seorang wartawan kepada saya dan dikatakan tular dari semalam.

"Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini.

"Wawollahi Watallohi Wabillahi itu bukan saya. Biarlah ALLAH yang memberi balasan pada yang terusan berniat atas fitnah ini.

"Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu. Maaf terpaksa tidak blurkan apa yang sepatutnya sebagai bukti tak sunat tu. HAHA Gambar ini hanya sementara. Akan delete soon.

"Dinasihatkan JANGAN ZOOM ya," jelas Aeril.


Rata-rata mengakui kesal apabila ada pihak cuba untuk menjatuhkan Aeril dan berharap agar dia tabah menempuhi dugaan ini.