Pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 29, telah menerima kejutan sambutan ulang tahun perkahwinan dari isterinya, Deena Emir.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Saharul menceritakan kejutan itu telah dirancang dengan baik oleh Deena.

"Selalunya isteri akan gagal kalau nak buat 'surprise', tapi kali ini menjadi pula, tiba-tiba dapat bunga dan belon masa tengah 'shooting', malu saya, terima kasih sayang," tulisnya.

Pada masa yang sama, Saharul turut memberi 'hint' mahukan seorang anak perempuan di penghujung kapsyen tersebut.

Selalunya isteri akan gagal kalau nak buat surprise, tapi kali ni jadi pulak. Tiba tiba pulak dapat bunga dengan belon masa tengah shooting. Malu saya. ???Thank you sayang @deenaemir . Happy 2nd Anniversary ❤️ Bunga dan chocolate sesuai utk anak perempuan kan? ????

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Saharul mulai muncul sebagai finalis Hero Remaja pada tahun 2012 dan meneruskan kariernya sebagai pelakon menerusi drama dan telefilem tempatan sehingga kini.