Pelakon Johan As'ari mencuri tumpuan pengikut di laman Instagram miliknya selepas memuat naik dua buah video sedang bertadarus Al-Quran baru-baru ini.

Menerusi kapsyen video tersebut, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 29, mengalakkan pengikut dan peminatnya membaca Al-Quran sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak.

“Hai yang mulia sahabat-sahabat ku sayang, marilah sama-sama kita belajar Al-Quran. Saya masih belajar, banyakkan bertadarus dan membaca Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah SWT memberkati. #niatbelajar,” tulis Johan menerusi kapysen video di Instagram miliknya.

Rata-rata pengikut dan peminat tersentuh hati dengan kebolehan Johan As’ari mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan merdu sekali.

Malah ada di antara kalanga pengikut Johan As’ari mendoakan dan berharap agar ditemukan dengan jodoh yang memiliki ciri-ciri seperti pelakon filem Juvana ini.

Sebelum ini Johan pernah berkongsi foto-foto dia mendalami agama Islam di India dan menafikan dakwaan bakal berhenti berlakon kerana dia menganggap karier seninya itu sebahagian dakwahnya untuk para peminat.

Jom tonton video di bawah!

Saya masih belajar. . .banyakkan bertadarus dan membaca al-quran di bulan ramadhan yang mulia ini. . . Semoga ALLAH S.W.T. memberkati. ?? #niatbelajar

A video posted by Johan Arrif Datuk hj As'ari (@johanarrif) on

Hai yang mulia sobat-sobat ku sayang.. marilah sama-sama kita belajar al-aquran. ?? #niatbelajar

A video posted by Johan Arrif Datuk hj As'ari (@johanarrif) on