Penyanyi yang sedang meningkat naik, Nabila Razali, 26, mendedahkan dirinya mempunyai keserasian yang baik ketika bekerjasama bersama pelakon Syafiq Kyle.

Menerusi laporan HLive!, Nabila menyatakan dia bakal muncul bersama Syafiq dalam sebuah telemovie di Astro Citra tidak lama lagi.

"Saya suka bekerjasama dengan Syafiq, dia seorang yang sangat suka membantu dan akan buat kita berasa selesa untuk bekerja bersamanya.

"Kami bakal muncul dalam sebuah telemovie di Astro Citra tidak lama lagi, saya amat berharap ia akan mendapat sambutan yang baik dari peminat," ujarnya.

Penyanyi lagu Pematah Hati ini mula menjejakkan kaki ke industri hiburan tanah air pada tahun 2013 menerusi program Akademi Fantasia seangkatan bersama Azhael, Faizul dan Indah Ruhaila.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).