Cef Selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob akui perlu membuat pertimbangan sebelum menerima tawaran untuk menjadi duta sebarang produk.

Kata Fazley, dia perlu mengkaji tentang produk berkenaan sebelum memikul tanggungjawab yang bakal digalas apabila menerima tawaran tersebut.

“Saya seorang tukang masak jadi saya tidak boleh menipu pelanggan saya. Apa yang penting sebelum terima tawaran, saya akan cuba produk itu terlebih dahulu.

“Biasanya saya akan cek ramuan yang digunakan, pengilang, rasa sama ada selesa untuk saya atau pun tidak dan produk itu mestilah mendapat kelulusan pihak kementerian.

“Selepas saya tengok semua benda itu dan rasa puas hati barulah saya akan terima tawaran untuk menjadi duta.

“Sebab saya agak berbeza kerana saya menjadi duta produk bukan sebagai seorang selebriti tetapi sebagai cef, jadi kredibiliti produk yang digunakan sangat penting,” jelasnya.

Datuk Fazley ditemui ketika majlis pengumuman juara Pertandingan Memasak Deliciously Healthy #DapurVHalia bertempat di Event Hall Ryu @ SukaSucre Bistro, Cheras pada Rabu.

Megulas mengenai tanggungjawabnya sebagai duta kempen untuk produk minuman bijirin GoodMorning VHalia, Fazley memberitahu dia telah mencuba produk itu terlebih dahulu.

“Sangat gembira apabila ditawarkan untuk menjadi duta kempen kerana ibu saya juga merupakan salah seorang pengguna produk ini.

“Saya sendiri turut gunakan dalam masakan dan antara sebab saya menyukai produk ini kerana halia yang digunakan diambil daripada pergunungan Taiwan. Rasanya agak pedas tetapi mempunyai antioksidan sangat tinggi,” ujarnya.