Menerusi Instagram (IG) milik Black, dia telah memuat naik satu foto bersama isteri dan anaknya beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.
"Happy anniversary sayang @cirakhairy..pejam celik dah 5 tahun.
"Pejam celik dah sorang anak..Pejam celik nak masuk 2 anak.
"Pejam celik lepas ni ready untuk anak ketiga ok.. Love you," seloroh Black.
Rata-rata artis dan peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan mereka.
"@acheykintangkintung: Moga keluarga ini dilimpahi rahmat."
"@izzueislam: Happy anniversary @blackhanafiah @cirakhairy."
"@aer_uu: Happy anniversary..moga dirahmati Allah sentiasa dan bahagia ke jannah."
"@adyman76: Tahniah semoga bahagia selamanya."