Pelawak terkenal Acappan meninggal dunia awal pagi tadi (Jumaat) selepas mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Menurut anaknya Yhuveneshwary, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumahnya kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Acappan antara artis berbangsa India yang popular dalam dunia hiburan Melayu sejak tahun 1980an khususnya menerusi siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sumber: mStar Online