Penyanyi Siti Nordiana atau lebih ringkas dikenali sebagai Nana berasa selesa untuk bekerjasama dengan Aliff Satar dalam menghasilkan sesebuah lagu.

Menerusi laporan HLive!, Nana menjelaskan gabungan nyanyiannya bersama Aliff membuatkan lagu mereka menjadi lebih menarik.

"Seperti yang kita tahu, Aliff adalah seorang yang urban dan saya lebih bersifat kemelayuan namun apabila dua genre berbeza ini bergabung, hasilnya akan menjadi menarik dan unik.

"Walaupun penerimaan dari peminat terhadap kolaborasi kami berbeza jika dibandingkan ketika saya berduet dengan Allahyarham Achik Spin, Namun kami sudah mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri," ujarnya.

Single duet Nana dan Aliff yang berjudul Sebenarnya telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat sejak dilancarkan pada bulan May lalu.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).