Penyanyi Ila Damiaa telah selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan bertempat di Kuching, Sarawak.

Ila berkongsi khabar gembira itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi entri tersebut, Ila juga turut memberitahu nama penuh anak sulungnya iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.

“This littlest feet make the biggest footprints in our hearts. Alhamdulillah. Thank you for those yg mendoakan. Here’s my little boy, Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya juga turut gembira dan meninggalkan ucapan tahniah serta selamat berpantang di ruangan komen foto berkenaan.

Bagaimanapun, buat masa ini Ila masih belum mendedahkan wajah putera kesayangannya.

Ila mendirikan rumah tangga dengan Abg Mohd Sahril Abg Spian pada 6 Mac 2016.

This littlest feet make the biggest footprints in our hearts. Alhamdulillah. Thank you for those yg mendoakan. Here’s my little boy, Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril. ?

A post shared by iladamiaajohar (@iladamiaa) on