Tanggal Mei 2018 yang lalu, animasi Didi & Friends menerusi laman Youtube rasminya, Didi & Friends - Lagu Kanak-Kanak telah mencatatkan jumlah tontonan melangkaui satu bilion, sekaligus menjadikannya animasi pra-sekolah pertama yang berjaya mencipta rekod berkenaan di laman YouTube Malaysia.

Selain itu, animasi ini turut memperlihatkan jumlah pengikut di Youtube yang sangat membanggakan iaitu sebanyak 1,206,774 pengikut.

Bagi meraikan kejayaan tersebut bersama para peminat, Digital Durian dengan kerjasama Astro bakal mengadakan sebuah karnival terbesar Didi & Friends iaitu Karnival 1 Bilion Didi & Friends, bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur selama empat hari berturut-turut bermula pada 14 hingga 17 September 2018.

Mengulas mengenai Karnival 1 Bilion Didi & Friends,

“Saya sangat teruja dengan penganjuran Karnival 1 Bilion Didi & Friends kerana ini merupakan karnival terbesar yang pernah kami anjurkan.

"Menariknya karnival kali ini, kami menyajikan aktiviti-aktiviti pentas yang lebih hebat dan interaktif serta pelbagai permainan baharu yang belum pernah dimainkan di mana-mana karnival Didi & Friends sebelum ini.

"Bukan sahaja permainan, kami turut menitikberatkan pada dekorasi karnival seperti mewujudkan rumah Didi, Nana, Jojo, Pulau Hokey Pokey dan banyak lagi supaya pengunjung yang hadir berasa seolah-olah berada di dunia Didi & Friends,” kata Sinan Ismail selaku Ketua Pengarah Ekskutif Digital Durian.

Pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung karnival.

Antaranya aktiviti Karaoke Bersama Didi, Manicure Bersama Nana, Bina Bongkah Bersama Jojo, Petik Buah Di Ladang Pak Atan, Menari Dan Menyanyi Di Muzikal Didi & Friends, Meet And Greet Didi & Friends, pertandingan Kostum Didi & Friends, Hias Kek Bersama Didi & Friends dan banyak lagi.



Berita baik buat kanak-kanak, Karnival 1 Bilion Didi & Friends turut menawarkan 100 tunggangan maskot Didi & Friends (Zoomoov) secara percuma selama empat hari karnival berlansung.

Bukan itu sahaja, pengunjung karnival ini khususnya peminat barangan Didi & Friends berpeluang menikmati potongan harga bagi barangan Didi & Friends menerusi promosi Happy Hour yang menawarkan sehingga 30% diskaun untuk barangan terpilih.

Selain itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018, terdapat Online Nationwide Sales Campaign yang menawarkan promosi istimewa sehingga 20% diskaun untuk barangan Didi & Friends yang terpilih di platform membeli belah atas talian iaitu Shopee, Lazada, 11 Street, Go Shop dan Toyworld Marketing Online.

Jangan lupa temu janji anda bersama Didi, Nana dan Jojo di ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’ pada 14 hingga 17 September ini bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana!