Vokalis kumpulan Wings, Awie mengesahkan khabar yang mendakwa dia telah melangsungkan ikatan pertunangan pada 3 Jun lalu dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana.

Khabar pertunangan itu menjadi viral di laman sosial selepas sekeping foto yang menyaksikan dua orang anak Awie, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Lady tersebar.

“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar,” kata Awie kepada Kosmo.

Penyanyi lagu Tragedi Oktober itu bagaimanapun mengakui yang dia tidak berhasrat untuk mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang peribadi dalam kalangan keluarganya.

Kredit berita: Kosmo