Anak Pembantu Peribadi Aliff Syukri Disamakan Seperti Beruk, Kasihannya!

Hiburan
Anak Pembantu Peribadi Aliff Syukri Disamakan Seperti Beruk, Kasihannya!
Siapa sangka, tempias populariti usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri turut terkena kepada individu sekeliling termasuk pembantunya.

Namun, perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada pembantu peribadinya yang paling rapat, Melati Abdul Ghani, 41, apabila anak yang baru dilahirkan digelar seperti beruk.

Menjawab kepada kata-kata tidak manis yang dilemparkan netizen itu, Melati punyai jawapannya sendiri.

"Eeeyyy ada juga orang macam ni yee. Alhamdulillah la muka kau tu cantik dik. 

"Manusia sanggup buat fake IG semata-mata sebab nak mengutuk, nampak sangat kau ni kecut dik.

"Kalau berani tunjuklah muka sebenar tapi tau pula kau takut nak terima kutukan orang balik ... tu yang buat fake IG tu," tulisnya menjawab kecaman netizen.
 
 

Tindakan Melati memuat naik komen berkenaan di Instagram mendapat sokongan netizen yang menyelar tindakan bersifat buli siber itu.

Melati kini dalam proses berpantang sebelum kembali bertugas dengan Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan