Penyanyi Zur Eda atau nama sebenarnya, Zuraidah Mokhtar ingin menonjolkan kebolehannya dalam dunia masakan.

Menurut Zur Eda, dia sudah meminati dunia masakan sejak dahulu lagi malah telah mengeluarkan beberapa produk hasil buatannya sendiri seperti biskut 'home made' dan kerepek kentang.

"Saya sangat suka memasak, saya memang mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaan dalam dunia masakan.

"Setakat ini, saya telah mengeluarkan biskut 'home made' buatan saya sendiri dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Kerepek kentang saya juga telah dijual di London dan Paris dengan kerjasama rakan-rakan yang menetap disana, selepas ini saya berhasrat untuk menambah rangkaian produk, kemungkinan besar saya akan keluarkan 'paste' buatan sendiri," ujarnya.

Zur Eda ditemui di majlis Sidang Media Konsert Fenomena D'Pop bertempat di KACH'e Wedding & Event Space, Shah Alam pada Rabu lepas.

Selain Zur Eda, konsert tersebut akan turut menampilkan persembahan dari Datuk M Daud Kilau, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Amelina, Zamani, Siti Nordiana dan Haiza.

Info selanjutnya mengenai konsert ini boleh di dapati menerusi talian 019-397 7830.