"Ujian Ini Buat Saya Mengigau" - Respon Syafiq Farhain Terhadap Lagu Pilihan Siti Nurhaliza


Penyanyi dan juga peserta Big Stage, Syafiq Farhain mengakui lagu yang ditentukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadapnya pada konsert suku akhir pertandingan itu amat mencabar.

Menurut Syafiq, dia masih belum mampu menguasai lagu Mencari Cinta Sejati nyanyian asal Chakra Khan itu dengan baik walaupun sudah selesai membuat persembahan.

"Saya akui lagu ini sangat mencabar. Sebelum ini, saya tidak pernah mengambil masa yang lama untuk 'catch up' nyanyian sesebuah lagu sebagaimana saya membuat persediaan untuk lagu ini.

"Bagi saya, ujian yang diberi oleh Siti kali ini sudah cukup untuk buatkan saya mengigau," selorohnya sambil ketawa.

Syafiq ditemui di Konsert Minggu Suku Akhir Big Stage bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.

Kesemua peserta telah menyampaikan lagu 'cover' yang ditentukan oleh Siti dan mempersembahkan 'battle' dalam pusingan kedua konsert tersebut.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Artikel Berkaitan