Konsert minggu suku akhir Big Stage berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.

Sedikit kelainan disuntikkan dalam konsert minggu kali ini apabila semua peserta harus menyanyikan lagu yang ditentukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan mempersembahkan 'battle' dalam pusingan kedua.

Jaclyn Victor diundang sebagai juri jemputan untuk bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.



Dibawah merupakan kedudukan para peserta mengikut pemarkahan pihak juri dan komen yang telah diberikan.

Sarah Suhairi - Sesal Separuh Nyawa
"Your voice is so beautiful, kamu telah menyanyi dengan baik dan agak memudahkan kerja saya pada malam ini (selorohnya sambil ketawa)" - Jaclyn Victor

Syafiq Farhain - Mencari Cinta Sejati
"Kamu mempunyai masalah temo dalam persembahan kali ini dan agak terkejar-kejar di beberapa bahagian lagu ini, tetapi secara keseluruhan kamu telah lakukan yang terbaik" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Afieq Shazwan - Jadi Aku Sebentar Saja
"Kamu mempunyai banyak peningkatan dari segi nyanyian, 'pitching' pun boleh dikatakan hampir sempurna" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Baby Shima - Semakin
"Kamu memang boleh menyanyi dengan baik, I want to see more from you!" - Faizal Tahir

Ariff Bahran - Kisah Antara Kita
"Nyanyian kamu juga hampir sempurna, selain itu, penghayatan yang ditunjukkan juga dilakukan dengan baik, banyakkan berinteraksi bersama penonton" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Wani Kayrie - Getaran Cinta Di Jiwa
"Kamu mempunyai suara yang bagus cuma harus perbaiki dari segi 'pitching'" - Faiza Tahir

Untuk persembahan 'battle', Afieq Syazwan telah digandingkan bersama Wani Kayrie untuk menyanyikan lagu Jampi, Sarah Suhairi bersama Ariff Bahran telah menyampaikan lagu Yang Pernah manakala Baby Shima digandingkan bersama Syafiq Farhain untuk lagu Drama King.

Ketiga-tiga pasangan duet tersebut menerima respon dan komen positif dari pihak juri, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor memilih persembahan Baby Shima bersama Syafiq Farhain sebagai persembahan duet kegemaran mereka manakala Faizal Tahir memilih persembahan gandingan Afieq Syazwan dan Wani Kayrie.

Baby Shima, Ariff Bahran dan Wani Kayrie telah berada di tiga tangga terbawah, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menggunakan 'immunity unlock' dimana ia telah menyelamatkan Wani Kayrie yang sepatutnya tersingkir pada konsert tersebut.



Juara pertandingan yang berlangsung selama lapan minggu ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula
akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi, pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akn pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan rm5 ribu beserta trofi.

Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menjadi kegemaran pencinta teknologi terkini.

Rekaan skrin yang luas tanpa sebarang butang menambahkan lagi keselesaan pengguna untuk bermain permainan mobil kegemaran mereka.

Teknologi rekaan Vivo Nex ternyata lebih moden dan unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.