Selepas diijabkabulkan pada 8 September lalu, pasangan Raqib Majid dan Tasha Manshahar, 26, diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang meriah keesokkan harinya.

Majlis resepsi berkonsepkan dalam taman itu menampilkan mempelai menyarung busana moden ala barat.


Menariknya pada majlis tersebut, Raqib, 28, telah membuat kejutan untuk isteri tersayang dengan menyanyikan lagu dari penyanyi Indonesia, Anji berjudul Dia.


Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Raqib di akaun Instagram miliknya, penyampai radio Zayan itu sedang menyanyi sambil dipeluk oleh Tasha yang terharu sehingga mengalirkan air mata.

“Suprise for my wife,” tulisnya.

Resepsi yang turut dihadiri beberapa rakan artis itu telah diadakan di Royale Palace Shah Alam pada Ahad.


Manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 22 September ini di The Mudzaffar Hotel, Melaka.

Suprise for my wife @tashamanshahar ? #raqibxtasha ? ?: @ahmadmus14 ? Lagu dari anji: DIA ? Band: @aluntradisi

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on