Model, pelakon dan bekas peserta Asia's Next Top Model, Alicia Amin, 23 telah memuatnaik sekeping foto memegang seekor kucing di akaun Instagram miliknya.

Netizen menyifatkan foto tersebut mencolok mata kerana Alicia tidak memakai baju sebaliknya menutupi badannya dengan kucing tersebut.



Selain memberi kecaman, ada juga segilintir netizen mengatakan mereka berasa keliru untuk melihat Alicia atau kucing comel yang dipegangnya.

"Tak tahu mana satu nak tengok, nak tengok kucing atau badan Alicia"

"Is it a must for a model to be naked?"

"Baik kau tela**ang terus daripada tunjuk separuh," tulis beberapa netizen.



Alicia memilih untuk berdiam diri tanpa memberi respon kepada komen-komen tersebut.

Dalam perkembangan lain, Alicia telah muncul dalam drama bersiri Alamatnya Cinta yang sedang bersiaran setiap Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Selain Alicia, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan hebat dari Hisyam Hamid, Hannah Delisha dan Cik Manggis.