Isteri kepada pengarah filem, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily Lokman mendedahkan dia sudah lama mengimpikan cahaya mata selepas melahirkan anak pertamanya, Ara Aziz enam tahun lalu.

Puteri Lily berkata dia juga pernah berdoa untuk menimang cahaya mata kedua ketika berada di tanah suci Mekah selepas melihat Ara seperti kesunyian.

“Salah satu dari beribu doaku (di tanah suci Mekah), supaya dikurniakan ku zuriat kerana keasihan tengok Ara dekat rumah selalu cakap serorang diri,” katanya seolah-olah bergurau.

Lily berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Sementara itu Lily akui bersyukur kerana doakannya didengar maha Esa dan dikurniakan seorang bayi lelaki.

Lily turut berkongsi nama puteranya itu.

“Alhamdulilah, Allah maha mendengar , selepas 6 tahun menunggu.

“Pada 31 Ogos lalu, jam 10.23pm dilahirkan secara normal dengan izin-Nya.

“Allah kurniakan saya rezeki seorang anak bayi bernama Muhamad Aryan Aziz.

“Doakan semoga anak ini sentiasa diberi kesihatan, sentiasa dibawah lindungan Allah dan menjadi anak yang soleh,” luahnya lagi.

Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.

Dalam perkahwinan Aziz sebelumnya dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.

Last year 31/8/17 Salah satu dari beribu doaku..??kurniakan ku zuriat (kesian tgk ara dekat rumah selalu cakap sorg2?)

A post shared by @ puterililylokman on

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. Allahu Akbar..Allah maha mendengar after 6 years of waiting .. Pada 31/8/18 10.23pm dilahirkan secara normal dgn izin-Nya Ma shaa Allah..Allah kurniakan saya rezeki seorang baby boy ?? Putera Muhamad Aryan b Aziz Doakan semoga anak Ini sentiasa diberi kesihatan ..sentiasa dibawah lindungan Allah.. Menjadi anak yang soleh..amiiinnn

A post shared by @ puterililylokman on