Pelakon Nasir Bilal Khan akui teruja dengan sambutan yang diterima menerusi watak antagonis dalam filem terbaharunya, Munafik 2. Dek penangan karakter Abuja kata Nasir, dia risau peminat terlalu obses hingga mengundang rasa benci melampau. "Saya seorang pelakon yang risau dengan ekspektasi penonton. Orang kata kalau orang tak suka dengan watak jahat kita bawa, itu maknanya lakonan kita menjadi. "Apapun, saya tak kisah untuk berlakon watak macam mana sekali pun, kalau perlu banyak kajian lagi saya suka sebab ia mencabar diri saya. "Tapi, bila ditawarkan watak Abuja sebenarnya saya pun takut. "Risau, nanti tiba-tiba pergi pasar orang ludah saya. Tapi yang penting Allah tak benci saya," katanya kepada Gempak. Nasir yang sebelum ini popular menerusi watak Tok Adi (Tanah Kubur) menggalas peranan sebagai ketua ajaran sesat, Abuja dalam Munafik 2. Munafik 2 dibintangi Syamsul Yusof, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Setakat hari ini, filem terbitan Skop Production itu telah mengutip lebih RM21.6 juta.
“Tahniah, Tak Ramai Yang Tahu Tentang Ini Kerana…”- Raf Yaakob Dedah Disebalik Kejayaan Mawar Rashid Di Hari Graduasi 24 Feb 2019
“Saya Kenal Sarah Waktu Saya Bukan Siapa-Siapa...Tapi Dia Ikhlas Terima Saya Seadanya. Itu Yang...”- Shuib Sepahtu 23 Feb 2019
"Aku Dah Bagi Laki Ko Makan... Ko Shoot Leklok Ok!" - Pesan Ozlynn Pada Nabila Huda Memang Kelakar 931
“Apa Keluar Gambar Macam Badak Berendam Ni” – Respon Lucu Abby Untuk Gambar Throwback Kahwin Suami 824
“Ada Yang Kata Terlalu Awal, Tapi…”- Isteri Najdi UNIC Hamil Anak Ketiga Selepas 7 Bulan Bersalin 445
"Saya Setiap Malam Masa Berdoa Menangis Dengan Kehebatan Allah Ciptakan Wanita." Ustaz Ebit Lew Bagi Nasihat... 372