Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dikritik netizen selepas memandu kenderaan milik ayahnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mia berkongsi rasa teruja dan pengalaman pertamanya memandu kereta milik ayahnya.

"Allahuakbar! Cuaknya la. My first driving lesson. Papa je yang ajar bawak keretanya pun tapi excitednya," tulisnya.

Allahuakbar!! Cuaknya la. My first driving lesson. Papa je yg ajar bawak keretanya pun tapi excited nya ??? . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha #hajraxmiasara

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on


Rata-rata netizen mengkritik tindakan yang dilakukan oleh ayahnya yang mengajar Mia memandu kereta kerana usianya baru 13 tahun.

"@adhwa_farhyn: Tahu kamu excited. Tapi, tak patut up kat sosial media. Kamu tu public figure. Bapak kamu akan baca kan, sume komen?. Harap-harap dia take action lah. Bapak zaman sekarang, anak form 1 dah kasi bawa kereta."

"@_irfan_izzaffi: Ajal kau tiba awal sebab kau lakukan benda yang tak patut dilakukan oleh kau sendiri wahai manusia akhir zaman."

"@itsmeaisyyahhhh_: Hello puliss ada orang ni kan bawak kereta tapi takda lesen."

"@dek_harithhhzz: Ehh Mia umur berapa dah boleh bawa kereta nanti kena saman kangg tak jadi apa."

"@saifulnorizan94: Nasihat dari saya jangan try bawak apa kenderaan selagi tak ada lesen. Biar jpj yang ajar bawak kereta."

"@umifarah: Bahaya. seriously saya tak support your father bagi Mia bawa kereta walaupun saja nak try. Kalau nak ajar anak pun, biarlah Mia lebih dewasa sikit at least 16 . Saya takut ramai kanak-kanak @ awal remaja tiru tingkah laku Mia. Try nak bawak kereta. Harap Mia fikirkan kesan daripada posting ini. Maafkan saya Mia seandainya teguran ini agak kasar."