Pengacara dan pelakon Jihan Muse telah memuat naik sebuah video di mana mikrofonnya dirampas oleh seorang peserta sebuah rancangan realiti hiburan baru-baru ini.

Insiden itu bermula apabila Jihan bertindak merampas microfon peserta itu yang sedang menyanyikan lagu Gemuruh.

Kemudian, peserta program I Can See Your Voice Malaysia itu merampas semula microfon tersebut dan sambung menyanyi.

Kejadian itu dianggap melucukan kerana Jihan meniru gaya yang sama seperti peserta itu.

Turut berada di program tersebut ialah penyanyi asal lagu tersebut, Faizal Tahir yang terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Sebelum ini, viral di media sosial apabila penyanyi Haqiem Rusli merampas microfon seorang peserta di rancangan realiti yang sama.


Sumber: Instagram Jihan