Perasaan gementar menyelubungi diri pelakon Hairul Azreen apabila dia ditawarkan untuk memegang watak Leftenan Komander Arman Anwar dalam filem PASKAL The Movie.

Mengakui bukan mudah untuk dirinya menghidupkan watak seorang anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Hairul mengambil kelas lakonan.

Stay focused, stay determined. Failure will never overtake you. PASKAL The Movie Di Pawagam 27 Sept #AkanDatang #ComingSoon #PASKALTheMovie #SentiasaTerbaik #SayangiMalaysiaku #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on


"Buat pertama kalinya, saya mengambil kelas lakonan sebelum melangkah ke set penggambaran.

"Saya terlalu gementar untuk membawakan karakter sebesar watak Arman dan berharap agar apa yang saya sampaikan dalam filem ini mampu dihayati penonton kelak," katanya.

Meminati bidang ketenteraan, Hairul tidak mahu melepaskan peluang yang datang untuk menjayakan watak seorang wira negara.

Kita sedia berkorban utk negara dan bangsa. Kita PASKAL, sentiasa yang terbaik! • #PASKALTheMovie #SentiasaYangTerbaik #SayangiMalaysiaku #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on


"Semenjak kecil, saya memang meminati aksi dan ketangkasan badan beruniform, terutamanya tentera.

"Bagai bulan jatuh ke riba, saya menyifatkan tawaran yang datang sebagai satu peluang keemasan.

"Namun begitu, saya sedar watak ini datang dengan tanggungjawab dan beban kerana saya harus merealisasikan watak Arman dengan sehabis baik.

"Saya bermula dari seorang pelakon aksi lagak ngeri (stuntman). Pelbagai karakter sudah saya jayakan tetapi watak Arman sangat sukar untuk saya bawakan," katanya lagi.

Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Inilah official trailer #PASKALTheMovie yg dinanti-nantikan! Bersedia tgk filem yang bakal menggegarkan pawagam Malaysia 27 Sept ni. (Full YouTube link @ IG Bio) • #SentiasaYangTerbaik #SayangiMalaysiaku #atfproduction

A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on


Selain Hairul, filem itu dibintangi oleh Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!