Filem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan dan Embun antara cerita yang membawa semangat patriotik tinggi yang diminati ramai penonton sehingga kini tetapi bagaimana pula faktor filem genre sedemikian yang gagal di pawagam.
Pensyarah sambilan filem dan penyiaran berpengalaman yang juga fasilitator bengkel latihan berkaitan industri kreatif, Zaki Abdul Rahim mengakui penonton tempatan sememangnya suka menonton cerita di medan perang dan permintaan terhadap filem sebegini sentiasa ada.
"Dari segi kesan pada penonton, saya melihat filem yang diilhamkan daripada kisah benar lebih memberi kesan. Memang ada banyak kisah askar kita bertempur dengan Jepun dan komunis untuk mempertahankan negara, begitu juga sama ada menentang British atau bersama British menggambarkan dua situasi berbeza," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, dari segi membangkitkan semangat patriotisme pada penonton, beliau melihat ada filem tempatan berjaya dan ada juga filem yang tidak kesampaian.
"Sebagai contoh filem Malay Regiment yang menelan kos RM2.5 juta sepatutnya ditampilkan lebih menarik kerana ceritanya berkisar daripada kisah benar Ops Kota Gubir yang merakam kejadian helikopter Nuri terhempas ditembak komunis.
"Namun fokus dramatiknya hilang apabila naratif cerita menyimpang terarah bentuknya kepada gaya cerita dokumentari pula.
"Saya tak pasti sama ada penerbitan filem terpaksa akur dengan keperluan mutlak menampilkan prosedur operasi militari hingga ketepikan nilai murni dan semangat jitu manusia berperang hingga ke titisan darah terakhir mempertahankan pertiwi.
"Pembacaan plot amat longgar macam tiada kawalan ditambah lagi dengan kerja pengarahan yang tak komited. Maksudnya sambil lewa.
"Berbeza dengan filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan Bukit Kepong, ia berjaya membangkit semangat patriotisme yang tinggi," katanya.
Ujarnya, sesuatu filem patriotik itu gagal apabila ia dibuat ala kadar, kajian terhadap cerita tidak mendalam dan karakter yang ditimbulkan tidak betul seperti Kanang Anak Langkau seolah mempelekeh heroism watak itu sendiri kerana ia tidak digarap dengan sempurna.
"Suntikan mesej pada penonton kena ada. Kenapa buat filem perang? asasnya bukan nak sangat nilai pemasaran tapi menyuntik semangat patriotsme supaya penonton sedar betapa sukar untuk mendapatkan kemerdekaan tapi masyarakat kita sekarang senang lenang nak melepaskan kemerdekaan sedia ada.
"Pemikiran ke arah itu tak berapa ada. Mungkin filem nak cepat siap atau menganggap kajian itu tidak penting sehingga impak emosi penonton pun menjadi kurang.
"Kalau boleh kita nak impak pada penonton apabila keluar pawagam, mereka berasa nak menangis, sebak, terharu, insaf seperti tidak menghargai perjuangan orang terdahulu," katanya.
Tambahnya, jika boleh filem patriotik harus membangkitkan kesedaran kepada penonton terhadap kepahlawanan askar Melayu mempertahankan bumi tercinta.
"Filem patriotik harus membuatkan kita insaf, sebak dan terharu dengan kejadian babak tak kiralah jika ianya fiksyen apatah lagi jika ianya realiti yang dibangunkan secara kreatif dan bersungguh-sungguh," katanya.
Menyentuh persoalan apakah filem bertema kemerdekaan hanya tentang peperangan menentang penjajahan semata mata, Zaki dengan tegas mengatakan kefahaman dan definisi tersebut perlu diperbetulkan.
"Karya filem genre sejarah bertemakan patriotik sebenarnya amat meluas. Apa sahaja peristiwa berkaitan maruah, lonjakan paradigma, ke arah kehidupan lebih baik, suntikan semangat, kesetiaan, kemurnian dan jati diri positif terhadap apa sahaja boleh ditampilkan sebagai karya kreatif kemerdekaan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Elrafaei Sapi
Wed Sep 05 2018
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.