Genap tujuh hari selepas kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Sharnaaz Ahmad
dan isterinya, Noor Nabila telah berkongsi nama permata hati mereka.

Menerusi muat naik status di laman Instagram milik Sharnaaz, dia mengumumkan nama anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

Hye asalamualaikum dgn lafaz bismillah dan penuh kesyukuran.. berkat Rahmat Allah yg maha kuasa .. Dengan ini sy memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad B. Sharnaaz Ahmad . @jebatjayden

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


"Hai Assalamualaikum dengan lafaz Bismlah dan penuh kesyukuran.. Berkat rahmat Allah yang maha kuasa..

"Dengan ini saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad Sharnaaz Ahmad @jebatjayden," tulis Sharnaaz.

Nabila juga berkongsi klip video yang memaparkan kenangan sepanjang hari kelahiran anaknya melalui Instastory.

"A video on the day my little king was born.

"Subscribe to @atishakhan! Link in her bio. Thank you adikku for this," tulis Nabila.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak sulung Sharnaaz dan Nabila.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.


Sumber: Instagram Sharnaaz & Nabila